Sejarah Sekolah

Sekolah ini dibuka pada 2 September 1939 bersamaan hari Sabtu,yang mengandungi 2 buah blok bangunan. Seramai 12 orang guru yang kesemuanya lelaki mula bertugas, dan 328 orang murid mendaftar pada hari pertama persekolahan, dan seramai 143 orang daripadanya adalah dari Sekolah Bukit Raja (Lokasi Bank Islam sekarang) yang telah ditutup kerana tidak digunakan lagi. Sekolah ini dikenali sebagi Sekolah Melayu Laki-Laki Klang. Murid perempuan bersekolah di Sekolah Pengkalan Batu (lokasi Belakang Masjid India) Klang yang lama
dijadikan sekolah kanak-kanak perempuan yang berpindah dari Sekolah Bukit Raja. Guru Besar yang pertama sekolah ini ialah Haji Md. Sidin Bin Haji Md. Rasad. Pada 26 Disember 1941 bersamaan hari Jumaat kira-kira pukul 11.20 pagi, sekolah ini dibom oleh tentera Jepun yang digugurkan melalui serangan udara. Bangunan dan peralatan sekolah mengalami kerosakan teruk akibatnya ditutup buat sementara


Leave a comment