Pengiraan gaji baru ssm

Posted on Updated on

Masukkan gaji lama anda pada 31 Disember 2012. Dan akan tertera gaji baru anda (SSM) secara uatomatik selepas itu bermula 1 Januari 2012

Dapat kenaikan gaji baru SSM itu sebanyak 13%, kemudian anda akan dapat tunggakan sebanyak tunggakan 13%
Gaji baru SSM 2012 = (Gaji 31 Disember 2011 x 13%) + Gaji pada 31 Disember 2011)
Seperti yang kami katakan sebelum ini, pada bulan April 2012 ini tunggakan 13% (selama 3 bulan) sekali dengan gaji baru SSM) anda
Merujuk semula kepada kenaikan gaji tahunan (KGT), ini bermakna pada bulan Julai kelak contohnya. anda akan memperolehi => RM225 x 6 (Januari – Jun) + (RMgaji baru SSM 2012 + RM225 KGT)

Antara Butiran Penting Pekeliling Perkhidmatan SSM Bagi Kenaikan Gaji Baru Kakitangan Awam

COLA kakitangan awam akan mula berkuatkuasa pada 1 April 2012. Ini bermakna tiada tunggakan melibatkan COLA. Pelarasan 13 % itu mungkin datang sekali dengan penambahan COLA
Gaji minimum – maksimum bergantung kepada peringkat semasa SSM
Makluman setakat ini, difahamkan sudah tidak pakai lagi jadual sifir gaji seperti yang banyak dah tersebar sebelum ini di laman-laman lain di Internet. Pelarasan gaji sebanyak 13% itu, hanya sekali sahaja.
Dan apabila sampai sahaja tarikh pergerakan gaji tahunan, naik satu tangga gaji atau naik gaji sejumlah yang telah ditetapkan, sehinggalah mencapai gaji maksimum pada tangga gaji berkenaan.

Leave a comment