PESTA PANDU PUTERI PERINGKAT DAERAH KLANG 2012

Posted on Updated on

Acara dwitahunan yang dianjurkan oleh PPD Klang dan dikelolakan oleh Persatuan Pandu Puteri Daerah Klang telah diadakan pada 7 April 2012 bertempat di SMK (P) Bukit Kuda Klang.

Dahulunya aktiviti ini dikenali sebagai Hari Bakat Pandu Puteri kini diberi nafas baru dengan nama Pesta Pandu Puteri. Penyertaan yang mencecah 1000 orang peserta tahun ini telah disertai oleh ahli-ahli Pandu Puteri Remaja, Renjer dan Tunas seluruh daerah Klang.

Pihak Persatuan Pandu Puteri SK Klang telah menghantar 13 peserta pada kali ini. Dua orang peserta iaitu adik Damia dan adik Tengku Maria Marisha telah berjaya mendapat Naib Johan bagi acara Kolaj..Tahniah diucapkan.

Leave a comment