Program Sekolah 2012

SK KLANG JUARA PERTANDINGAN PERKUSI DAN ALAT MUZIK DAERAH KLANG 2012..

Posted on Updated on

Tahniah kepada murid-murid dan guru pembimbing yang bertungkus lumus hingga membawa kejayaan kepada sekolah..semoga kejayaan terus mengiringi…Johan Perkusi Daerah Klang

PESTA PANDU PUTERI PERINGKAT DAERAH KLANG 2012

Posted on Updated on

Acara dwitahunan yang dianjurkan oleh PPD Klang dan dikelolakan oleh Persatuan Pandu Puteri Daerah Klang telah diadakan pada 7 April 2012 bertempat di SMK (P) Bukit Kuda Klang.

Dahulunya aktiviti ini dikenali sebagai Hari Bakat Pandu Puteri kini diberi nafas baru dengan nama Pesta Pandu Puteri. Penyertaan yang mencecah 1000 orang peserta tahun ini telah disertai oleh ahli-ahli Pandu Puteri Remaja, Renjer dan Tunas seluruh daerah Klang.

Pihak Persatuan Pandu Puteri SK Klang telah menghantar 13 peserta pada kali ini. Dua orang peserta iaitu adik Damia dan adik Tengku Maria Marisha telah berjaya mendapat Naib Johan bagi acara Kolaj..Tahniah diucapkan.

Kursus Memperkasa Pengawas & Pembimbing Rakan Sebaya 2012

Posted on Updated on

Pada 24 mac 2012 (sabtu) Sekolah kebangsaan Klang mengadakan Kursus Memperkasa Pembimbing Rakan Sebaya & Pengawas 2012.. Berikut adalah gambar2 dari program tersebut:

Kumpulan Pembimbing Rakan Sebaya(PRS)… Yang diketuai oleh cikgu Zaidon.

 Kumpulan 1 yang sedang mempelajari cara membaca ikra… Cikgu Wan Nor Diana sedang membantu pengawas…

Penceramah (Cikgu Ismail Ibrahim) sedang memberi  ceramah dalam memotivasikan bakal PRS dan Pengawas Sekolah dengan penuh serius…

Adik Syaszanani sedang berlatih dalam sesi mengacara majlis perhimpunan Sekolah

Salah Satu aktiviti-aktiviti dari Kumpulan Dua

Kumpulan Tiga – Sedang dibantu oleh Cikgu Zubair..

Makan-makan Time…. 🙂

Guru Besar Sekolah kebangsaan Klang turut turun padang dalam meberi sokongan kepada murid2 untuk menjadi pemimpin yang terbaik dan berkualiti diperingkat sekolah …

Perkhemahan Kokurikulum 2011

Posted on Updated on

Program Perkhemahan  Kokurikulum 2011..